iklan

Monday, September 6, 2010

Cina DAP makin melampau???

Kebnyakan orang ramai terutamanya puak2 UMNO mengatakan bahawa YB Nizar adalah boneka kepada DAP. Sejauh mana dakwaan oleh pihak UMNO ni??Mari kita baca bersama-sama..

FAKTA 1:Siapa dapat lebih banyak?Cina atau Melayu?
Jumlah hak milik tanah mngikut kawasan yang telah diluluskan oleh exco Perak:
1)Kampung Baru(Cina) = 47000 hak milik
2)Kampung Tersusun(Melayu) = 102,000 hak milik

Sapa lebih bnyak?? UMNO buta matematik ka??

Fakta 2: Sekolah CINA dapat - Sekolah MELAYU pun dapat!
Jumlah Tanah/ekar:
1)Persendirian Cina = 1000 ekar
2)Sekolah Agama Rakyat = 1000 ekar
3)Sekolah Persendirian India tidak wujud di Perak

UMNO buta lg ka??

Fakta 3:Bantuan Perkapita SAR(Sekolah Agama Rakyat):BN hentikan - Pakatan Rakyat berikan semula!

Fakta 4:Peruntukan Khas MB untuk SAR
Kerajaan Pakatan Rakyat telah luluskan RM1.3 Juta daripada Peruntukan Khas Menteri Besar untuk 23 buah SAR. Serahan telah disempurnakan oleh DYTM Raja Muda

Fakta 5:Dermasiswa ditambah - RM3.325 Juta telah dibelanjakan untuk Dermasiswa Fisabilillah bagi 550 pelajar MELAYU yang menuntut di luar negara.

ish2..Exco-exco DAP tak patut luluskan..btol x UMNO??

Fakta 6: Bajet 2009
RM4.09 Juta untuk biaya tambahan elaun Penyelia dan Guru KAFA serta Bantuan Perkapita SAR.

Jenis sekolah(semuanya org melayu islam punya):
1)SMAR = RM70(Jumlah Perkapita)
2)SRAR = RM60 (Jumlah Perkapita)
3)SAR Berasrama = RM440 (Jumlah Perkapita)

Fakta 7:Peruntukan RM250 ribu untuk membiayai elaun tambahan Guru Tadika Islam..Tadika Cina tak dapat pon!
DAP tak menentang ke??

LAGI MENYANGGAH TOMMAHAN UMNO :

Fakta Isu Pakatan Rakyat Gadai Tanah Kepada Kaum Cina

Fakta 1:
Setiap mesyuarat Exco Karajaan Negeri Perak dihadiri oleh 3 orang Pegawai Kanan yang cukup berpengalaman sebagai Ex-officio iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri.
Mereka berperanan membimbing dan menasihati Menteri Besar dan Exco supaya tidak membuat keputusan yang melanggar atau bercanggah dengan perundangan negara dan negeri.
Oleh itu semua keputusan yang dibuat adalah melalui proses yang mnyeluruh dan merujuk kepada ketiga-tiga Pegawai Kanan Kerajaan itu.

Fakta 2:
Permohonan Hal Ehwal Tanah,hasil bumi,perlombongan,pelaburan dan lain-lain yang berkenaan adalah dirujuk kepada Ketua Jabatan Teknikal Negeri utk siasatan dan cadangan. Ketua2 jabatan ini akan menasihati Exco dalam membuat keputusan.

Fakta 3:
Setiap kali sebelum mesyuarat Exco,semua kertas baru utk kelulusan atau penolakan sebarang permohonan,akan dipersembahkan kepada DYMM Paduka Seri Sultan atau DYTM Raja Muda Perak.

Setiap keputusan mesyuarat Exco juga dipersembahkan kepada DYMM Sultan atau DYTM Raja Muda dan dibentangkan minitnya.

Oleh itu semua fitnah kononnya Pakatan Rakyat terutamanya YB Nizar "gadai tanah kerajaan" kepada bangsa Cina adalah TIDAK BERASAS.

Tuduhan itu hanya menunjukkan kecetekan pengetahuan individu yang melemparkan tuduhan(baca UMNO).

Fitnah ini juga turut memperkecilkan kewibawaan semua Institusi Kerajaan yang terlibat termasok ISTANA dan Jabatan2 Teknikal.

Friday, September 3, 2010

Minyak Sapi ke Minyak Babbbbbb...


Henti guna minyak sapi QBB


MOHD. MUSTAFFA menunjukkan logo halal yang masih digunakan pada tin minyak
sapi QBB Pure Ghee di Kuala Lumpur kelmarin.

KUALA LUMPUR - Masyarakat Islam dinasihatkan menghentikan penggunaan minyak sapi jenama QBB Pure Ghee (gambar) keluaran syarikat QBI Packaging Sdn. Bhd. ekoran penarikan balik status halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 19 Ogos lalu.

Nasihat itu dibuat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) selepas pemantauan Jakim mendapati produk tersebut mengandungi elemen-elemen yang meragukan dari segi status halalnya.

Menurut Pegawai Kerja PPIM, Mohd. Mustaffa Hamzah, penarikan balik produk itu di pasaran perlu dilakukan serta-merta bagi mengelak kekeliruan di kalangan pengguna.

"PPIM juga menyeru agar syarikat terbabit menarik semula produk tersebut yang berada di pasaran manakala Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Jakim pula mesti memantau produk itu dari semasa ke semasa," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Monday, January 25, 2010

henry gurney kepala penjajah palastine


Siapa Henry Gurney

Mereka tidak tahu Henry Gurney tu ialah polis British yang menyeksa rakyat Palestine, yang mula-mula membuat kampung baru di Palestine untuk menghimpunkan orang Arab, dan membawa Jews ke Palestine. Dengan itu, sebab jasanya di Palestine, dia dibawa ke Malaya,

nak tahu lagi beli buku nih...yang dikarang oleh MOTTI GOLANI menceritakan kisah hidup kepala penjajah nih.

tgk background dia nih yang di ambil dari wikipedia

Background

Gurney was born on 27 June 1898, in Poughill, near Bude in Cornwall.[1] He was the son of G.G.H. Gurney and Florence Gurney. He was educated at Winchester College and University College, Oxford. He married Lady Isabel Lowther Weir in 1924 and they had two sons, Michael and Peter.

[edit]Career

He served in the King's Royal Rifle Corps from 1917 to 1920.[2] He joined the Colonial Service and was posted as the Colonial Servant in Kenya, (1921). He also posted as the Assistant Colonial Secretary in Jamaica, (1935), Chief Secretary to the Conference of East Africa Governors, (1938–1944), Colonial Secretary in Gold Coast (1944–1946), Chief Secretary to the Palestine MandateGovernment (1946–1948). Gurney became British High Commissioner in Malaya on 13 September 1948.

In the 1947 New Year Honours, he was promoted to Knight Commander (KCMG) of the Order of St Michael and St George, which is the second highest rank in this order — when he represented the British Government as the Chief Secretary to the Palestine Mandate. He had previously been a Companion (CMG) in the same order.[3] In 1949 he was made a Knight of the Venerable Order of Saint John.[4]

Orang Melayu tidak tahu yang Henry Gurney ini pernah bertugas di Palestine!"

kenapa kita harus berbangga dengan henry gurney, sehinggakan ada sekolah yang diberi nama khas bersemperna dengan nama penjajah ini, sekolah henry gurney, jalan gurney, pekan gurney di perak dan banyak lagi.

oleh : pemudapemerhati

Friday, January 22, 2010

Almarhum Sultan Iskandar dimakamkan hari ini

Oleh NASRI JAMALUDIN dan AFIFI HAFIZ M. NOR



JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 78, mangkat malam tadi selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri di sini pada pukul 5 petang kelmarin kerana gering.

Baginda yang memerintah Johor selama hampir tiga puluh tahun mangkat pada pukul 7.15 malam.


ALMARHUM Sultan Iskandar (dua dari kiri) bersama Raja-raja Melayu (dari kiri), Tuanku Mizan Zainal Abidin, Almarhum Tuanku Ja'afar dan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menghadiri majlis sambutan Jubli Emas Pemerintahan Sultan Kedah di Alor Setar pada 22 Julai 2008.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman pada sidang media di kediamannya di sini.

Sebelum itu, pada sebelah petang, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail dilantik sebagai Pemangku Raja berikutan kegeringan ayahandanya.


ABDUL GHANI ketika mengumkan kemangkatan Sultan Iskandar di Johor Bahru malam tadi.

Jenazah Sultan Iskandar dibawa ke Istana Besar di sini menaiki ambulans hospital pada pukul 11.20 malam.

Istiadat pemakaman akan diadakan di Makam Diraja Mahmoodiah di sini pada pukul 2 petang ini.

Sejam sebelum itu, majlis pertabalan sultan baru akan diadakan di Istana Besar sebelum jenazah baginda dimakamkan.

Kenyataan Media Bersama Antara TG Hj Hadi, Dr M. Asri & Dr M. Manuty


Muzakarah Pakar : “Terjemahan God Sebagai Allah:
Mengenalpasti Punca Permasalahan dan Penyelesaiannya”

Kami telah dijemput sebagai mewakili parti masing-masing dan individu dalam Muzakarah Pakar anjuran Institut Kefahaman Islam (IKIM) pada 21 Januari 2010. Laporan beberapa akhbar harian pada 22 Januari 2010 telah menyatakan sebagai berikut :

“Muzakarah Pakar anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) hari ini mengambil kata sepakat penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan atau ganti nama kepada ‘God’ tidak tepat.

Pengerusi IKIM, Tun Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam juga menyalahi hakikat sebenar kerana ia bercanggah dengan konsep Tuhan yang dianjur oleh agama Islam atas dasar setempat di Malaysia”.

Apa yang tidak dinyatakan di dalam laporan berkenaan ialah pendirian konsisten kami bahawa :

1. Penggunaan kalimah nama ”Allah” untuk tujuan amalan agama sesama penganut agama Kristian dan Yahudi adalah dibenarkan oleh Islam, dengan bersumberkan dalil Al Quran dan As Sunnah serta pandangan ulama muktabar.

2. Demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan negara, polemik ini hendaklah diselesaikan dengan menyuburkan budaya dialog antara agama secara matang dan bijaksana.

3. Berasaskan semangat musyawarah dan saling memahami dalam konteks masyarakat Malaysia, maka suasana dan keadaan setempat perlu diambil kira dalam menentukan penggunaan kalimah “Allah” itu. Penggunaan kalimah “Allah”secara tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini. Oleh itu, satu garispanduan penggunaannya perlulah diwujudkan.

Kami juga ingin menyatakan bahawa sebagaimana yang telah dipersetujui oleh pihak penganjur dan para panel muzakarah, dan berdasarkan kepada tradisi keilmuan dan semangat perbezaan pandangan, maka tiada sebarang ketetapan rasmi telah dikeluarkan diakhir sesi muzakarah berkenaan.

Kenyataan Media oleh Tiga Panel Muzakarah Pakar :

Dato’ Seri Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Dr Mohd Nur Manuty
Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Dr Mohd Asri Zainal Abidin
Mantan Mufti Perlis

Thursday, January 21, 2010

Perkahwinan anak lelaki Dato Sri Anuar Ibrahim





Semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat daripada pemudapemerhati.blogspot


Wednesday, January 20, 2010

apa yang yahudi suka...dan kita lakukan..?

Assalamualaikum

Cuba renungkan... .kebenaran e-mail ini....untuk rujukkan kita bersama.

Seminit untuk kita beringat...
DI INGATKAN SEMULA supaya tak lupa...


Protokol ke 10 Yahudi mengandungi 8 perkara.....


1.. Song....

Lagu-lagu yang menghiburkan. ..jika ada anak-anak yang
tak tau mengucap..tetapi boleh menghafal lagu Hindustanyang
panjang berjela... Adaanak-anak yang tak hafal Fatihah....tapi
boleh mengingati lagu Siti Norhaliza yang panjangnya berdepa
depa..... berjaya sudah Yahudi..... Hinggakita terfikir.... ..
bagaimana jadinya radio kalau tanpa lagu?


2. ...Sex.....

Lagi satu kegilaan remaja dan yang tua. Sex di mana-mana...
di kaca tv, dalam filem, dalam iklan...babak sex amat lumrah...
kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua
sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex...
filem 18SX amat laris berbanding filem U...
VCD lucah mudah didapati...dan harganya amat murah...
Adakah filem yang tiada adegan sex?
Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah. .......


3. ...Smoke....

Rokok..menjadi kegilaan para remaja....
sehingga dikatakan tidak modern jika tidak merokok...
malah sekarang merokok menjadi budaya bagi mana-mana perempuan
yang kononnya mau di gelar 'up to date'..
Dulu yang merokok ini golongan ****** saja.... ataupun penari
kabaret..... .( aku tengok dari filem P Ramlee )....


4. .....Sport.. .

Pelbagai jenis sukan di tonjolkan dan lelaki dengan
perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan....
hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga....
Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali,
sembahyang pun banyak yang miss.....bukan yang bermain sahaja tak sembahyang.. ...
yang menonton pun tak sembahyang juga .......
Kalau menonton dirumah.... akan lambat sembahyang sebab takut tak
nampak macam mana masuk GOL......
Yahudi gol lagi.........sampai ada ulamak kata...kerana sukan
...sembahyang boleh tangguh.....Mashaalla h,..


5. .. Fun..

Hiburan...di mana-mana kita dapat hiburan yang melalaikan.. ..
Kalau kita lihat dalam 100 majalah..mungkin 99 adalah majalah hiburan..
termasuklah majalah mangga......yang menayangkan buah mangga artis perempuan... .
Kalau ada konsert.....sanggup orang Islam bertandang hingga
menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert....
pelbagai maksiat akan diselit masuk..... Yahudi terhibur lagi....


6.... Female...

Perempuan... tawaran Yahudi yang amat mengasyikkan. .
terutama dalam iklan..yang kadang-kadang tidak ada kena
mengena dengan perempuan... . Kalau kita ke kedai bateri kereta.....
dihadapan bateri terpampang gadis sunti separuh bogel beraksi.....
apa kena mengena bateri kereta dengan perempuan?... .
kalau iklan Modess... perempuan adalah patutnya...
Yahudi bersorak lagi......


7...Fashion. ...

Fesyen terutama perempuan yang bermacam-macam. .
sehinggakan kalau pakai tudung pun mereka dah tak menutup aurat.....
Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat
yang kekadang menampakkan pusat?
Yang mewarnakan rambut lagi teruklah....
Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan.. ...
Bila warnakan rambut..mestilah tidak bertudung sebab kalau
bertudung..bagaiman a nak menayangkan warna rambut yang terkini itu...
Kalau dah rambut diwarnakan.. .. sembahyang pun tak sah...
malah mandi hadas pun tak sah sebab kebanyakan pewarna adalah kalis air...
itu tak kira yang cukur bulu kening lagi...

Yahudi ketawa lagi....
Umat islam sudah jadi macam Yahudi......


8.. .. Food..Makanan. .

Lagi satu kegilaan Umat Islam terutama makanan dari Barat termasuklah
MC D, Kentucky , Pizza hut...dan seribu satu macam lagi...
Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang hina....
masuk rumah pun setahun sekali bila bulan Ramadan...
tapi makanan Barat menjadi kebanggaan.. .
Bila makanan datang dari Barat.. adakah kita yakin tentang
halalnya? Contoh Kentucky ....rempahnya datang dari Amerika....
siapa nak pergi check....halal ke tidak?
Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap....
Maka lahirlah Umat Islam yang bukan perangai saja macam
yahudi.... tetapi berfikiran pun macam yahudi...Nauzubilla h.....
Yahudi makan Islam lagi...

Itu baru protokol yang ke 10......
yang lain-lain entah macam-macam
lagi.... aku cinta Malaysia .....tapi lebih cintakan
ALLAH....... ........ oleh itu, jika berlaku pertembungan antara kepentingan
manusia dengan kepentingan Allah......


DAHULUKAN KEPENTINGAN ALLAH.....


Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan :


Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh :

Surah Al Baqarah - Ayat 102


Anak2 pandai belajar :

Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79


Anak2 lembut hati/ elak panas baran :

Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24


Anak2 malas sekolah :

Surah Toha ayat 1-5


Ayat pendinding : Ayat akhir surah At Taubah

Bg anak2 yg suka keluar malam :

Surah Ar Ruum Ayat 31. Baca 33x


Untuk jadi pendinding rumah :

Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray
keliling rumah





hati hati guna facebook...




Hati² kalo nk bergurau tu...




KUALA LUMPUR: Gara-gara jenaka tidak bertempat, seorang pelajar institut pengajian tinggi diberkas polis selepas mendakwa kononnya bertanggungjawab membakar gereja baru-baru ini melalui laman sosial Facebook miliknya.


Pelajar lelaki berusia 25 tahun berkenaan yang mengaku sengaja membakar gereja di Petaling Jaya, di sini, menimbulkan rasa terkejut kepada rakan-rakannya yang membaca tulisannya itu.

Dia yang juga pelajar diploma jurusan warisan budaya sebuah kolej di ibu kota mendakwa membuat sendiri bom petrol berkenaan yang digunakan untuk membakar gereja itu Jumaat lalu.

Susulan itu, beberapa pihak yang bimbang kejadian sama berulang membuat laporan polis sebelum pelajar itu ditahan di rumah sewanya di Sunway Mentari, Petaling Jaya di sini kira-kira jam 7.30 malam kelmarin, sebelum dibawa ke balai polis untuk disoal-siasat.

Bagaimanapun, pelajar itu dibebaskan kira-kira jam 12 tengah malam semalam selepas siasatan mendapati dia tidak terbabit dengan insiden itu dan mengaku tulisannya dalam laman sosial itu hanya satu gurauan semata-mata.

Siasatan polis dalam rumah pelajar berkenaan turut tidak menemui perkakas mencurigai yang boleh dikaitkan dengan pembuatan bom petrol.

Difahamkan, kes terbabit tangkapan pertama individu dikaitkan dengan beberapa kes siri cubaan membakar gereja di beberapa lokasi sejak Jumaat lalu susulan protes penggunaan kalimah Allah oleh majalah Herald.- The Catholic Weekly.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, pelajar itu ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya selepas polis menerima maklumat mengenai tulisannya dalam Facebook.

Menurutnya, pelajar itu sudah dibebaskan selepas polis berpuas hati dengan keterangan diberikan.

"Kita kesal dengan tindakan yang dilakukan pelajar ini kerana cuba mempermainkan isu-isu yang sensitif dan boleh menyebabkan ketegangan kaum di negara ini.

"Saya beri amaran, jangan cuba bermain isu sensitif seperti ini kerana kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas dengan membuat tangkapan," katanya ketika dihubungi.

Monday, January 18, 2010

Ingat yang ini lagi sakit hati...


Tun Dr. Mahathir pernah berkata ‘Melayu mudah lupa!’ Sebenarnya bukan sahaja Melayu mudah lupa tetapi kebanyakan rakyat Malaysia dari semua kaum pun mudah lupa juga.

Daya ingatan yang singkat inilah yang membawa kemenangan kepada Barisan Nasional sehingga kini. Mujurlah pada tahun 2008, daya ingatan rakyat telah diberi satu jolokan oleh skandal pita Lingam itu. Jika tidak, saya yakin parti-parti pembangkang tidak boleh memenangi 5 buah negeri di Semenanjung Malaysia dan 10 buah kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Ada orang yang meramalkan bahawa pilihanraya umum akan diadakan pada hujung tahun 2010 ini. Namun demikian walaupun pilihanraya umum diadakan hujung tahun ini ataupun dalam tahun 2013, daya ingatan rakyat mesti sentiasa diperkukuhkan dengan satu senarai ‘Masterlist’ yang menyenaraikan skandal-skandal BN yang melibatkan penyalahgunaan wang/kuasa.

Senarai ini mestilah dipaparkan, dipamirkan dan diedarkan pada setiap forum, ceramah, roadshow dan konferens Pakatan Rakyat terutamanya dalam ceramah kepada orangramai.

Senarai skandal BN (dibuat secara rawak oleh penulis ini):-
1) Port Klang Free Zone (PKFZ) melibatkan penyelewengan wang sebanyak RM12.5 billion
2) Kes pembelian Eurocopter
3) Kes pembelian kapalselam Scorpene
4) Kes kehilangan 2 enjin jet dalam tahun 2007
5) BALKIS
6) Istana Khir Toyo
7) Pita Lingam
8) Kematian A Kugan semasa berada dalam tahanan - tahun 2009
9) Kematian Teoh Beng Hock di Plaza Masalam selepas disoal- siasat - tahun 2009
10) Kes pembelian dakwat untuk pengundian dalam Pilihanraya Umum - tahun 2008
11) Kes pembunuhan Altantuya Shariibuu – Oktober 2006
12) Kes Private Investigator Bala – Julai 2008
13) METRAMAC
14) BMF
15) APs
16) Datuk Seri Anwar Ibrahim dipukul semasa dalam lokap
17) Rampasan kuasa di Perak - Februari 2009
18) Kes perempuan bogel yang dipaksa mencangkung sambil menarik telinga dalam tahanan - November 2005
19) Kekecohan semasa Bersih Rally - November 2007
20) Kekecohan semasa Hindraf Rally - November 2007
21) Protes kenaikan harga minyak, orangramai dipukul dan dicederakan - Mei 2005
22) Protes mengenai KESAS
Dapat dilihat diatas bahawa daya ingatan penulis adalah agak baik. Senarai sebeginilah yang patut diedarkan kepada rakyat untuk disimpan sebagai rekod dan sebelum hari mengundi, rakyat perlu digesa untuk mengkaji semula senarai ini sekali lagi.

Jika Pakatan Rakyat membuat satu senarai seperti diatas, saya yakin rakyat Malaysia akan diberi peringatan yang sewajarnya.

Saya percaya orang cerdik-pandai dalam Pakatan Rakyat boleh membuat senarai yang lebih canggih lagi. Oleh itu, sila mula buat senarai ‘Masterlist’ sekarang juga, takut lewat nanti, akan lupa pula.

kedahlenie

Dun Perak dah nak bubar ke?

Beberapa perkembangan terbaru di negeri Perak memberi keyakinan akan berlaku pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) itu dalam sedikit masa lagi.

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak dalam satu kenyataan memberitahu beberapa petanda menuju ke arah itu sedang berlaku.

Ianya termasuk pertemuan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Arab Saudi baru-baru ini sehingga Zambry didakwa sanggup meninggalkan Persidangan Ke-169 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) yang di pengerusikan oleh Raja Muda Perak.

"Datuk Seri Zambry yang sanggup tidak hadir ke Persidangan Ke-169 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) yang di pengerusikan oleh Raja Muda Perak baru-baru ini di lihat ada perkara lebih penting yang akan di bincangkan dengan Datuk Seri Najib di Arab Saudi," kata Mohd Nur Amin selaku pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Perak.

Selain itu menguatkan lagi keyakinan mereka akan berlakunya pilihanraya adalah maklumat yang mengatakan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah mengadap Seri Paduka Sultan Perak dalam satu majlis awal November lalu.

Sehubungan itu, pemuda PAS Perak mengarahkan semua jentera Pemuda PAS khasnya dan Pakatan Rakyat amnya supaya bersedia dengan pembubaran DUN itu.

Awal Februari ini, kerajaan Perak diteraju Zambry akan mencapai usia setahun pentadbirannya.

sumber harakah

Sunday, January 17, 2010

polis dah geram...


Pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin digesa tampil menunjukkan diri jika benar dakwaannya mengatakan beliau berada di dalam negara ini melalui laman laman webnya.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, sekiranya benar Raja Petra berada di dalam negara ini, dia hendaklah menyerah diri berikutan bersangkut dengan dua waran tangkap yang dikenakan.

“Kalau betul dia (Raja Petra) di Malaysia, tunjukkan muka... kalau tak bersalah dia tak perlu takut.

“Dia cakap dia bukan di luar negara, itu dia yang cakap sebab siasatan kita selama ini kita percaya dia berada di luar negara dan keluar menggunakan dokumen haram,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Raja Petra di laman webnya susulan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengesahkan Raja Petra yang menjadi buruan polis sejak hampir 9 bulan lalu kini berada di London.

“Apa yang saya boleh maklumkan di sini, kita masih percaya dia berada di luar negara dan kita masih menyiasatnya termasuklah menggunakan bantuan polis Interpol,” katanya.

Dalam kenyataan terbaru Raja Petra di dalam laman webnya, beliau mendakwa pihak polis masih gagal membuktikan bahawa beliau berada di luar mahupun di dalam negara.

“Kamu (Musa) anggap saya keluar Malaysia dan masuk negara lain secara haram atau menggunakan pasport asing walaupun sebenarnya kamu tidak tahu.

“Ini bermaksud, kamu pun tidak tahu sama ada saya masih berada di dalam negara kerana kamu gagal mengesan bukti bahawa saya masih tidak berada di dalam negara,” katanya.

Akhbar pada 20 Disember lalu melaporkan bahawa Raja Petra dipercayai bersembunyi di Apartment Trinity Court di Gloucester Bayswater, London.

Dalam kenyataan sebelum ini, Raja Petra mendakwa dia kini berada di Poland menyambut sambutan Tahun Baru bersama beberapa wanita asing. - Sinar Harian

Ulasan GB

Isk, sampai begitu terdesak sekali PDRM hendak menjejaki RPK. Terlalu aib dan memalukan bila PDRM sehingga kini tidak berjaya menjejaki RPK walaupun sebelum ini PDRM dengan gah bersama dengan unit FRUnya, trak water canonnya, anjing pengesannya, helikopternya pada setiap kali pilihanraya kecil (PRK) diadakan dan demonstrasi yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat.

Kegagalan PDRM untuk mempastikan "wherabout" PRK jelas menunjukkan kelemahan polis di dalam negara ini.

Suruh tunjuk muka? RPK dah pun tunjukkan mukanya di dalam klip video yang dikeluarkan sedikit masa lalu. Pun masih gagal memberikan polis petunjuk lokasi RPK?

Tidak hairanlah mengapa begitu ramai penculik dan pengganas tak dapat ditahan, misalnya pembunuh adik Nurin dan juga penculik adik Sharlinie yang sehingga kini - polis terlopong.

Pangkat polis masing-masing berjela-jela. Yang mampu dilakukan hanyalah menggertak dan mengugut rakyat dengan mengambil kenyataan, dengan waran tangkap, dengan provokasi sb-sb.

Professionalisme polis masih lemah. Modus operandi polis banyak dah dihidu, diantaranya tembak sampai mati supaya memudahkan tiada kes untuk pendakwaan di mahkamah.

Saya tidak percaya RPK mempermainkan polis, tetapi saya percaya RPK ingin mnunjukkan bahawa polis negara ini masih perlu tingkatkan tahap keprofessionlismenya demi meletakkan maruah polis di tahap yang sepatutnya.

Era mengugut dan menekan rakyat adalah era lapok, era penjajah, era orang tua, era polis-polis yang sepatutnya dipencenkan segera kerana era itu sudah ketinggalan.

Zaman sekarang ialah zaman digital, zaman teknologi maklumat, zaman internet, zaman maklumat di hujung jari, bukan zaman cota, bukan zaman mengampu, bukan zaman ugutan, bukan zaman baldi merah dengan pasir depan "rumah pasong"!

Wednesday, January 13, 2010

Hujah bernas Taib Azamudden Mohd. Taib (Pas-Baling) mengenai kalimah ALLAh





Isu penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam hari ini menarik minat
ahli-ahli Parlimen beragama Islam baik yang mewakili Barisan Nasional mahu
pun kerajaan untuk membahaskannya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.


Di pihak anggota Barisan Nasional (BN), mereka mendesak kerajaan bertegas
mengkhususkan kalimah Allah hanya untuk orang Islam manakala Dr. Dzulkifli
Ahmad (Pas- Kuala Selangor), Ir. Khalid Samad (Pas-Shah Alam) dan Datuk
Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) pula berpendapat sebaliknya.

Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) yang mencelah ketika Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menggulung usul
perbahasan menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong menyifatkan
penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam sebagai merbahaya dan menghina
Islam.


Menurut beliau, jika dibenarkan juga, ia boleh mengakibatkan mala petaka
kepada negara selain menimbulkan kekeliruan kepada generasi umat Islam
seolah semua agama itu adalah satu.


Perkara yang sama turut dikongsi Ahmad Maslan (BN-Pontian) dan beliau
meminta penjelasan sama ada Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah
mendapatkan pandangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terlebih
dahulu berhubung hal ini.


Belum sempat Ahmad Zahid menjawab, Dr. Dzulkifli mencelah mempertikaikan
langkah kerajaan itu sambil mengemukakan beberapa hujah.


Beliau berkata, persoalan itu tidak patut timbul kerana ia diakui al-Quran
sendiri bahawa kalimah Allah turut digunakan oleh bukan Islam.


Ir. Khalid Samad yang menyokong pandangan Dzulkifli itu kemudian terus
mengukuhkan hujah mereka dengan membaca sepotong lagi ayat al-Quran yang
menunjukkan orang bukan Islam mengakui bumi ini diciptakan Allah.


``Jadi Allah bukan satu kalimah yang khusus untuk orang Islam. Ia merupakan
kalimah bahasa Arab. Daripada perkataan Illa dan ditambahnya Al menjadi
Al-illah dan dipendekkan menjadi Allah.


``Ia bukan nama peribadi kerana tak perlu memandangkan ia satu. Keduanya,
kalau kita anggap nama peribadi kepada tuhan, maka ia perkataan Arab, jadi
orang kata ia tuhan kepada Arab.


``Kalau kita nak fahamkan mesej Islam yang sebenar iaitu memanggil semua
manusia tunduk kepada tuhan yang satu iaitu Allah, patut kita berasa bangga
apabila bukan Islam menggunakan perkataan Allah - sama dengan kita.


``Berbanding Eropah, kita di sini nak khusus Allah tuhan orang Islam,
Melayu sahaja. Ini satu penyakit yang kita perlu betulkan. Saya khuatir
akan melanggar apa yang disebut dalam al-Quran,'' jelasnya.


Tidak cukup dengan itu, Johari Abdul mencelah dengan berkata, berdasarkan
pengalaman bergaul dengan bukan Islam termasuk ke kuil, ramai yang
mengatakan mereka turut menyembah satu tuhan iaitu tuhan Allah.


``Saya rasa mereka di Malaysia dah sampai tahap iktiraf satu tuhan. Saya
tak nampak satu tuhan itu kita nak sekat,'' katanya.


Melihat kepada perbincangan terbuka itu, Datuk Seri Tiong King Sing
(BN-Bintulu) meminta Dewan mengeluarkan arahan supaya isu itu dibincangkan
dengan mereka yang pakar dalam jawatankuasa khas.


Beliau berkata, ini kerana perbahasan terbuka mengenai isu tersebut boleh
membangkitkan kekeliruan dan emosi yang tidak sepatutnya.


Sebelum Ahmad Zahid memberi penjelasan, beberapa anggota BN termasuk Ahmad
Maslan dan Datuk Halimah Mohd. Sadique (BN-Tenggara) meminta Taib Azamudden
Mohd. Taib (Pas-Baling) memberikan pandangan.


Beliau adalah anggota Dewan yang mempunyai latar belakang agama berbanding
dua wakil Pas yang bercakap mengenai hal itu iaitu Khalid dan Dzulkifli
merupakan golongan profesional.


Tambahan pula, Taib Azamudden ketika perbahasan menyentuh pengharaman yoga
telah berjaya memberikan penjelasan yang diterima semua anggota Dewan
mengapa amalan itu patut diharamkan.


Beliau bersetuju memenuhi permintaan mengenai isu kalimah Allah
menjelaskan, yang beliau terpanggil memberikan pandangan bukan sebab
kepartian tetapi berfokus kepada memelihara kesucian Islam.


Ketika melontarkan pandangan selama hampir 10 minit, Taib Azamudden
menyimpulkan bahawa isu tersebut perlu dilihat kepada `waqiq' iaitu
kesesuaian setempat yang mana dunia Melayu adalah berbeza dengan yang
terdapat di Eropah atau dunia lain.


Beliau yang juga bekas Imam Masjid Negara berkata, berdasarkan latar
belakang Malaysia yang penganut Islamnya berbangsa Melayu, maka jika
dibenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah, maka ia boleh menimbulkan
kekeliruan.


``Setakat hari inilah, ke depan Wallahualam, kalau dibuka (kepada bukan
Islam guna kalimah Allah) saya yakin, ia akan menjadi kekeliruan dan
perbalahan yang mungkin membangkit sensitiviti.


``Akan jadi keliru bila ditanya kepada sahabat yang beragama Hindu
contohnya, anda nak pergi mana? Pergi sembah Allah dan bila tanya yang
Islam pun, dia kata nak sembah Allah juga.


``Sebab itu saya lebih suka dalam konteks ini yang menyentuh akidah dan
agama, kita tak payah sibuk-sibuk dengan parti. Keharmonian yang mahal ini
kena dijaga oleh semua pihak,'' ujarnya.


Taib Azamudden pada masa sama berkata, persoalan tentang isu ini telah
dibahaskan para ulama terkemuka terdahulu dan hasilnya mereka berbeza
pendapat.


``Saya faham yang di dalam al-Quran ada menyebut penggunaan kalimah Allah
oleh bukan Islam. Kalau bincang tentang Allah dalam konteks Islam yang
berkonsep tauhid, ia hanya pada Islam, tak ada yang lain.


``Sebab itu kalau nak bahas mengenai masalah Allah yang disebut dalam
al-Quran, kita kena lihat juga asbabun Nuzul (sebab diturunkan al-Quran).


``Kalau kita nak buka mengenai Allah pada yang lain-lain, al-Quran juga
menyebut dalam surah Taubah yang Yahudi kata Uzir itu anak Allah dan
Kristian kata al-Masih anak Allah.


``Jadi secara ringkas, Allah yang dimaksudkan Yahudi dan Masihi itu adalah
lain daripada yang dimaksudkan oleh Islam. Sebab ketauhidan tidak menjadi
satu tunggak kepada agama yang lain selain dari Islam.


``Bagi kita Allah tidak beranak dan tidak diberanakkan. Jadi kementerian
kena tegaskan Allah dalam bentuk mana yang dimaksudkan (dilarang diguna
bukan Islam),'' ujarnya.


Mendengar penjelasan panjang lebar dari Taib Azamudden itu yang sejajar
dengan kenyataan Jakim sebelum ini, kedengaran beberapa anggota kerajaan
yang berkata, ``dengar tu `ustaz Erdogan'’ bagi merujuk kepada Khalid dan
Dzulkifli.


Sebelum isu Allah dibangkitkan, Khalid turut berhujah mengenai pengharaman
yoga yang disifatkan sebagai satu bentuk riadah tetapi Taib bangun
menjelaskan dan menyokong pengharaman tersebut seterusnya meredakan
perbahasan mengenainya.


Ahmad Zahid dalam penjelasannya menegaskan apa yang dinyatakan oleh Taib
itu adalah sama seperti yang menjadi pandangan kerajaan.


Malah katanya, dalam hal ini soal kalimah Allah adalah sepatutnya
diputuskan oleh Majlis Raja-Raja.


``Sebab itu permohonan kita bersama tujuh majlis agama negeri serta
Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) dalam kes mahkamah berhubung isu ini
adalah untuk merujuk kepada Majlis Raja-Raja memutuskannya.


``Dan ingin saya tegaskan di sini juga, larangan penggunaan nama Allah
telah termaktub dalam Enakmen Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada
Orang Islam yang diwartakan di 10 buah negeri,'' tegasnya.

Ada hantu di AJL




ni menunjukkan tempat2 cam ni memang kegemaran jin & syaitan…x heranla ada hantu kat situ……


(SERAM) Ada Hantu Di AJL 24?


Huhuh. Takutnya kitaorang tengok gambar kat atas tue. Korang perasan ke tak? Katanya benda tue muncul masa persembahan Aizad lagu Kau Aku. Mula-mulanya ramai yang spekulasi tue adalah penari FT. Maklumlah penari dia kan ada yang terbang-terbang. Tapi takkan la terbang sampai ke situ kan?

Ini ialah apa yang dikatakan oleh klubbkidd (orang yang amik gambar nie):-

Time ni masa Aizat wat show Kau Aku. Ada benda atas scaffolding kat atas pentas. Ada ‘orang’ yang berbalut serba putih. Terkejut gak.. tapi kita bayangkan penari Faizal yang wat show pastuh… yang sorang itam sorang pakai putih tuh….yang terbang2. Masaalahnya… satu… ‘orang’ tu tetiba lambai2 kat arah kita.. pastuh menghilang terus! Secondly dia tak pakai baju ketat dancer terbang… dan kain longgar2 cam terbukak sikit flapping gituh, tak cam baju dancer.
Seram gile nie beb!! Ada makhluk lain pun nak berhibur time AJL 24. Takutnya ~~~ Buat mereka yang berani, ada gambar close up selepas nie. Kalau lemah semangat sila jangan tengok yek.



Sedikit penerangan dari Klubkidd.

1. Insiden ni disaksikan lima orang in total dalam kumpulan kengkawan aku. Aku sempat snappy dua pic je, memula ingat nak blog wat lawak, sebab kami semua sangkakan penari Faizal, sebab kejadian ketika lagu Aku Kau oleh Aizat. Aku cuma sedar ‘kepelikan’ bila pas dua kali snap blur tuh – kali ketiga aku tengok nak amik da hilang.

2. Memang ‘entiti’ itu bergerak, seperti orang tapi pergerakan dia minimal, tapi seolah cubaan lambaian sambil melihat ke arah audience dibawah.

3. Aku da bertanyakan orang kuat production TV3 dan setelah gambar dikaji, memang sesuatu yang pelik sebab
a. Bahagian beam dia dok tuh, terlalu jauh dari tempat bebudak penari Faizal yang pakai harness gayut.
b. Tidak kelihatan kelibat pon orang lain – dan tak mungkin dancer unsupervised alone.
c. Tempat itu terlalu jauh kedepan, memandangkan dia da keluar zon pentas, dan tidak ada staff production yang akan ke sana sebab tak ada kena mengena atau fungsi. On top of that – orang production akan pakai warna hitam sahaja.
d. Memang juga disahkan itu bukan pakaian penari Faizal.

1 Malaysia 1 Arab Saudi



1 MALAYSIA SENTIASA DITIPU...
Kenapa Proton tak jual harga macam kat Arab Saudi?
Apa istimewanya orang Arab?
Kata ”Rakyat didahulukan”…..
Kenapa orang Arab lebih diutamakan?
Haaaa…..Jawapannya ialah…..Pemilik Proton di Malaysia semuanya dah kena tipu …..Hahaha
Harga Persona kat Saudi = SR 36,100
Harga Gen2 kat Saudi = SR 33,600
Harga Waja kat Saudi = SR 37,950
1 Saudi Riyal = RM 0.94
Maknanya harga Persona kat Saudi = RM 33,934 aje
Maknanya harga Proton Gen2 kat Saudi = RM 32,256 aje
Maknanya harga Waja kat Saudi = RM 35,673 aje

Malaysia Government suppose to protect their people instead of cheating their hard earnings..!!

mungkin anda meminati yang ini?

Related Posts with Thumbnails