iklan

Thursday, September 8, 2011

PAK KOB - JENAZAH MAT INDERA BERSIH DAN WANGI..!!!

PAK KOB MENJELASKAN PERISTIWA PENGGANTUNGAN
MAT INDERA KEPADA UST AKMAL KAMARUDDIN DAN YB FIRDAUS JAAFAR

"Jenazah Mat Indera bau wangi dan bersih ketika saya uruskan jenazah beliau, saya mintak Pak Kob jaga elok-elok kubur nie...Kubur nie ada jasad pejuang kita". itulah kata2 Pak Abas yang mengurus jenazah Mat Indera kepada Pak Kob yang kini menjaga kubur Mat Indera.

Situasi ini diceritakan sendiri oleh Pak Kob kepada Rombongan Pemuda PAS Pusat iaitu Ust Firdaus Jaafar dan juga Pemuda PAS Perak yang diwakili oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak, Ust Akmal Kamaruddin yang telah melawat ke pusara Mat Indera di Taiping sebentar tadi.
SUBHANALLAH.....

http://teratakkampungku.blogspot.com/

Sent from my iPad

Saturday, September 3, 2011

Aduhai Malaysia..dok letak bunga setiap tahun rupa2nya dok agungkan kematian mat saleh...punggah..!!

Panas! Bukti kukuh Sejarah Malaysia dipesongkan! 


SILA lihat tugu negara (sebut tokong negara) ini baik-baik! Selama ini, setiap kali hari pahlawan, perdana menteri akan meletakkan kalungan bunga di tugu ini kononnya sebagai tanda memperingati pejuang kemerdekaan yang terkorban.

Kononnya inilah pejuang kemerdekaan yang terkorban atas nama keamanan dan kebebasan. Malah terpahat tulisan "May the blessing of Allah be upon them". Pejuang-pejuang ini didoakan agar memperolehi rahmat dari Allah.

Namun hakikatnya, siapa yang percaya bahawa nama-nama pejuang yang terpahat di tokong negara ini sebagai pejuang, maka dia telah berjaya ditipu oleh British. Lihat bukti di bawah ini.


Kenapa banyak nama Mat Saleh? Mat Saleh penduduk majoriti Tanah Melayu ke? Orang Melayu semua pergi mana? Kah kah kah...

Rupanya negara ini negara British! Sebab itulah pejuang kemerdekaan adalah askar-askar British! Orang Melayu semua dipanggil komunis kah kah kah...

Kenapa ukiran wajah muka patung macam muka orang putih? Orang Melayu zaman dulu macam muka orang putih ke? Kah kah kah...

United Malays No Otak kata, ini fakta sejarah, siapa tak percaya sejarah ini dia penyokong komunis kah kah kah...

Mari sama-sama kita doakan askar-askar kafir British ini semoga roh-roh mereka dicucuri laknat kah kah kah... (kalau ada askar British yang beragama Islam doa ini terbatal)


ReJaM© "Tanya kambeng, kambeng pun tau British tu penjajah bukan pejuang!"


Sent from my iPad

Friday, September 2, 2011

FAKTA SEJARAH – Polis (barua British) dibunuh pejuang Negara. (BHG 1)



1) Tok Janggut 

"Pada 29 April 1915, Sarjan Che Wan Sulaiman yang diiringi oleh enam orang anggota polis telah menemui Tok Janggut di Kampung Merbul. Ketika tiba di kampung itu, Mat Hassan sedang berucap di hadapan kira-kira 1,000 penduduk yang kebanyakannya bersenjata. Sarjan Sulaiman telah menerangkan maksud kedatangannya dan telah menjemput Tok Janggut datang ke Pasir Putih untuk berjumpa Ketua Daerah. Tok Janggut telah bersetuju dengan permintaan tersebut, walau bagaimanapun telah berlaku pertengkaran semasa hendak meninggalkan tempat tersebut kerana Tok Janggut tidak mahu berjalan dihadapan dengan diiringi oleh polis dibelakangnya seperti orang salah. Semasa pertengkaran tersebut, Tok Janggut telah menikam Sarjan Che Wan Sulaiman dengan kerisnya menyebabkn beliau meninggal dunia. Melihat peristiwa tersebut, polis yang lain tidak berani melawan dan telah dibiarkan pergi oleh Tok Janggut setelah merampas senapang mereka."

2) Dato Bahaman

"Dato' Bahaman kemudiannya meminta pihak Inggeris membebaskan penduduk yang ditahan sebaliknya pihak Inggeris menunjukkan sikap besar kepala dan enggan mengikut arahan berkenaan. Mereka berkeras membawa tahanan itu ke Balai Polis Lubuk Terua untuk ditahan dan dibicara. Kesabaran Dato' Bahaman berakhir dan beliau bersama pengikutnya menyerang pasukan polis British ketika mereka dalam perjalanan membawa tahanan ke balai polis berkenaan.
Setelah mengetahui peristiwa di Semantan itu, pegawai-pegawai Inggeris Pahang menyediakan tentera untuk melawan penentang Melayu. Ekoran dari itu pada 21 Disember 1891, satu pasukan yang diketuai oleh Clifford dan Tengku Mahmud pergi ke Kampung Kelubi yang merupakan kubu kedua pertahanan Dato' Bahaman. Di sini berlaku sekali lagi pertempuran antara pihak Inggeris dengan Dato' Bahaman tetapi pihak Inggeris sekali lagi ditewaskan."

3) Mat Indera

-Tak perlu ulas sebab beliau amat famous sekarang ni…hihihi

SOALAN CEPU EMAS : SIAPAKAH HERO(PEJUANG NEGARA) PADA PERSPEKTIF ANDA?BRITISH ATAU BARUA BRITISH (POLIS) ATAU YANG MENENTANG BRITISH?

Untuk pembacaan dan maklumat lanjut sila rujuk Sumber dibawah:

http://www.facebook.com/l/5AQAMSC7JAQAw_QBNtIbtZuIjkuGXSgwgJs8CY1D0G5klgA/resam-melayu.com/2009/12/dato-bahaman-penentang-inggeris-di-pahang.html

http://www.facebook.com/l/IAQAyg-N1AQB_yesEPTWFfNbXY7XgbjK-0dfD5EVxVCAaZg/ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Tok_Janggut


Sent from my iPad

Kenapa Blogger UMNO Lebih Lajak Dari Laju? Mana Dapat, Sapa Bagi! Apa Tujuan???

Isu siapa dalang di sebalik tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kini semakin hangat diperkatakan; terutama apabila Setiausaha Agong PAS, Dato Mustafa Ali menegaskan beliau mempunyai bukti kukuh penglibatan Umno dalam isu ini. Dengan ledakan pelbagai bukti di blog pro-Umno, umum mengetahui dan boleh menjangkakan sememangnya wujudnya tangan-tangan ghaib di sebalik tindakan yang aneh ini.
 
Antaranya ialah:
 
1. Media pro-Umno yang terus melonjak isu ini dengan membuat serangan kepada Menteri Besar Selangor dan kerajaan negeri.

2. Semua bukti wujudnya usaha pengkristianan dibongkar oleh blog-blog pro-Umno dan bukan oleh Jais, sedangkan semua bukti itu adalah bahan sulit yang tidak sepatutnya dikeluarkan selagi belum ada dakwaan di mahkamah.
 
Ini termasuklah soal-selidik, nama mereka yang hadir, jumlah wang yang dibekalkan, dan terbaru klip video serbuan tersebut dan juga laporan Jais yang sepatutnya diberikan kepada Sultan Selangor terlebih dahulu. Kenapa bukti-bukti Jais ini dapat keluar dan disiarkan oleh blog-blog pro-Umno? 

3. Demonstrasi oleh Mohamad Ezam Mohd Nor dibuat di masjid negeri dengan membuat kecaman kepada kerajaan Selangor, termasuk penyapu tandas, mangkuk tandas dihantar ke pejabat Menteri Besar.
 
Anehnya, mereka ini dikatakan menentang proses kristianisasi yang dilalukan pihak gereja, bukankah ia sepatutnya demonstrasi dibuat di hadapan gereja?

4. Tindakan Jais melengah-lengah isu ini sehingga menimbulkan polemik umum tentulah tidak mendatangkan kebaikan kepada semua di waktu yang sama, ada pihak dalaman yang meledakkan pelbagai bukti dalam blog pro-Umno.
 
Kini, rakyat tengah menanti tindakan Jais, lebih-lebih lagi PAS Pusat telah menyatakan pendirian mempertahankan aqidah umat Islam dari sebarang usaha untuk mengganggu-gugat oleh mana-mana pihak. 

Kita sedar dalam sebarang tindakan kita perlu berhemah dan tepat dalam tindakan, kerana bukan soal kita tidak pertahan aqidah ummah, tetapi tindakan yang terburu-buru hanya menjerumus kita kepada perangkap yang sengaja dipasang oleh Umno dan merosakkan lagi nama baik agama Islam yang kini sudah tercacat cela akibat perbuatan Umno selama ini.
 
Bayangkan, setelah 54 tahun Umno mentadbir negara, ada lagi kes orang Melayu nak keluar Islam? Tak terfikirkah kita mengapa? Tak sedihkah kita?
 
Apa yang dipentingkan puak Umno ini dalam isu murtad ini ialah untuk mencari mangsa untuk menanggung kelalaian mereka dalam menjalankan tugas 'demi bangsa, agama dan negara' selama 54 tahun ini.
 
Adakah Umno cuba mencari penyelesaian dalam isu murtad ini? Tengoklah kenyataan-kenyataan mereka, mereka hanya nak cari siapa yang harus dipersalahkan dalam isu ini, dan tiada satu pun cadangan penyelesaian dibuat.
 
Padahal, selama ini umat Islam sentiasa bertanya:
Kenapa kerajaan tidak sedia menggubal akta pencegahan murtad? 
Kenapa ajaran Qadiani terus dibiarkan di Kg Nakhoda, Batu Caves yang banyak merosakkan aqidah umat Islam?
Di mana Umno dalam isu Lina Joy dan Ayah Pin yang sehingga kini masih bebas?
 
PAS tegas menjaga aqidah umat Islam, dan pada masa yang sama PAS juga pentingkan cara menyelesaikan isu murtad ini dengan baik supaya keamanan dan keharmonian antara rakyat Malaysia sentiasa dipelihara dan dijaga berbanding dengan Umno yang hanya ingin keuntungan politik dalam sebarang hal.
 
Isu aqidah – Umno marah pada PAS kononnya PAS tak mempertahankan aqidah umat Islam sebab ada kepentingan politik yang memihak kepadanya.
  
Isu jual kerakyatan rakyat – Umno bukan sahaja membisu malah meraikannya dengan segala penafian kepada segala bukti yang PAS bawa sebab ada kepentingan politik yang tidak memihak kepadanya.
 
Itulah Umno – dah jual agama selama ini dengan menakutkan Islam kepada rakyat bukan Islam untuk kekal berkuasa tetiba ingin menjadi hero Islam.
 
Apabila rakyat bukan Islam dah sedar atas penipuan mereka, sekarang mereka jual negara dengan beri kerakyatan kepada warga asing, terutama warga Indonesia supaya boleh meningkatkan jumlah 'undi Melayu' pada mereka atas slogan pembela orang Melayu untuk kekal berkuasa.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat


Sent from my iPad

Thursday, September 1, 2011

umno jalin hubungan dgn KOmunis


oleh Tulang Besi

NOTA EDITOR: Di saat UMNO giat menuduh Abg Mat menyokong Komunis, Tulang Besi berhajat untuk mengingatkan kembali jalinan hubungan dua hala antara UMNO dan Parti Komunis China pada September 18 2009. 

Nampak gayanya, setelah Parti Komunis Malaya dibubarkan, tempat mereka telah diganti oleh UMNO kerana Parti Komunis Malaya mendapat bantuan mereka satu masa dahulu dari Parti Komunis China. 

Kesian UMNO, apa pun dia buat, mesti kena balik batang hidung mereka. Mereka cuba serang Abang Mat Sabu, skrg ni rakyat baru teringat bahawa pemimpin2 UMNO semuanya bekas pegawai British, mcmna nak jadi pejuang kemerdekaan. 

Dia bukak kita satu, kita bukak dia seribu. 

Alhamdulillah 

Tulang Besi 






Umno, China Communists to swap youth leaders(BERNAMA) 
August 05, 2010 

A giant portrait of Mao Zedong, the CPC's first chairman, is seen in Beijing's Tiananmen Square September 18, 2009. — Reuters pic 

KUALA LUMPUR, Aug 5 — Umno and the Communist Party of China (CPC) yesterday agreed to have youth leadership exchanges so that the youth leaders of both countries can have a better understanding of the economic and social development taking place in Malaysia and China. 

Umno secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, who signed a memorandum of understanding (MOU) on behalf of Umno on co-operation between Umno and the CPC in Beijing yesterday, said this was all the more timely as China was now a major economic power. 


Wang Jiarui, Head of the International Liaison Department of the CPC Central Committee, represented the CPC. 


"On their part, they are amazed with our achievements and racial harmony and would like to learn from us how we were able to attain this harmony without any bloodshed," Tengku Adnan said in a statement to Bernama. 


He said as a follow-up to the MOU, both countries agreed to set up a permanent mechanism to enable the exchanges to take place beginning this year. — Bernama
Sent from my iPad

mungkin anda meminati yang ini?

Related Posts with Thumbnails