iklan

Sunday, November 20, 2011

Guangzhou Ogos 2010

Trip nih aku bawak Ust Sharhan, Ust Zul dan kwan2 yang lain ke china, cuaca bulan 10 nih panas gilos, rasa macam duduk dalam "kabin di tempat pembinaan" itulah cuaca di chaina kalau bukan musim sejuk...
4 hari ja aku kat sini, kalau nak tahu kami ke mana boleh visit sini kat sini ada info2 dia.

Baru balik dari beli barang Elektronik,
Makan tgh hari di "RESTORAN ABDULLAH" terkenal di Guangzhou nih, aku rasa semua muslim yang ke sana wajib singgah ke retoran nih,
Ust Zul, Dari Sidqi Auto Businessman dari kedah, mai cari peluang kot china nih kot, memeang di sini kalau siapa tak memikirkan untuk perniagaan agak rugi, sbb di sini syurga memborong, kalau sapa2 nak ikut boleh la ke link yang aku bagi tau tadi tuh... jgn takut untuk mencuba sesuatau bro...
musim panas macam nih malam2 je best jalan, siang berpeluh beb... kalau musim sejuk terbaik untuk bawak family ke sini.. insyaAllah bulan Feb 2011 aku bawak anak bini ke sini.. sejuk waktu tuh..

JOM MEMBORONG BERSAMA wwww.memborong.com


PINOY 2011

PINOY- first time aku ke sini, memang best tapi takut jugak, abb kawan aku pun pernah ke sini dan kena pow...

di sini kena jaga2 sikit sbb banyak gangster yang kaki pow, walau pun depa bagi salam konon2nya islam tapi depa nih nak ambik kesempatan, bila depa bagi salam org akan yakin depa nih islam yang bagus dan baik, tapi jgn cepat percaya,

suasana di orang ramai di new town dekat Manila.

aku kat sini untuk shooting misteri nusantara season 2011 punya, kat sini aku jumpa geng paranormal pinoy, muda2 depa nih, tapi tak takut hantu hehehe mungkin pengalaman depa mengkaji cita2 hantu yang buat depa dah biasa dengan makhluk mistik tu,

Di sini iman kena kuat... kekeke paham2 je lah. yang belum berkahwin kena banyak2 bersabar wakakakakakaka, lebih kurang Vietnam le bro..heheheh

aku kat sini seminggu, tapi ada juga dugaan yang berlaku pada aku ketika kat pinoy nih, penyakit datang dgn tiba2 , seminggu telantar di hotel, negara orang pulak tu.. balik malaysia baru dapat urus pengubatan dan sekarang sembuh kembali.. (heheh best juga pegi keje tapi tido je kat hotel) wakakkaka

Kereta buatan Malaysia yang rosak di tipi jalan (Malunyaaaa) , ketika menuju "MAKILING" kalau di KL nih macam Ulu Yam le... tempat mandi2

Ini tempat ko orang wajib pegi, syurga Seafood di Manila, harga berpatutan, nama tempat sorry aku lupa, kalau ko orang ke sana cakapje Seafood Heaven orang sana conform tahu,

ini antaranya.... wajib datang ke sini bro...

Thursday, September 8, 2011

PAK KOB - JENAZAH MAT INDERA BERSIH DAN WANGI..!!!

PAK KOB MENJELASKAN PERISTIWA PENGGANTUNGAN
MAT INDERA KEPADA UST AKMAL KAMARUDDIN DAN YB FIRDAUS JAAFAR

"Jenazah Mat Indera bau wangi dan bersih ketika saya uruskan jenazah beliau, saya mintak Pak Kob jaga elok-elok kubur nie...Kubur nie ada jasad pejuang kita". itulah kata2 Pak Abas yang mengurus jenazah Mat Indera kepada Pak Kob yang kini menjaga kubur Mat Indera.

Situasi ini diceritakan sendiri oleh Pak Kob kepada Rombongan Pemuda PAS Pusat iaitu Ust Firdaus Jaafar dan juga Pemuda PAS Perak yang diwakili oleh Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak, Ust Akmal Kamaruddin yang telah melawat ke pusara Mat Indera di Taiping sebentar tadi.
SUBHANALLAH.....

http://teratakkampungku.blogspot.com/

Sent from my iPad

Saturday, September 3, 2011

Aduhai Malaysia..dok letak bunga setiap tahun rupa2nya dok agungkan kematian mat saleh...punggah..!!

Panas! Bukti kukuh Sejarah Malaysia dipesongkan! 


SILA lihat tugu negara (sebut tokong negara) ini baik-baik! Selama ini, setiap kali hari pahlawan, perdana menteri akan meletakkan kalungan bunga di tugu ini kononnya sebagai tanda memperingati pejuang kemerdekaan yang terkorban.

Kononnya inilah pejuang kemerdekaan yang terkorban atas nama keamanan dan kebebasan. Malah terpahat tulisan "May the blessing of Allah be upon them". Pejuang-pejuang ini didoakan agar memperolehi rahmat dari Allah.

Namun hakikatnya, siapa yang percaya bahawa nama-nama pejuang yang terpahat di tokong negara ini sebagai pejuang, maka dia telah berjaya ditipu oleh British. Lihat bukti di bawah ini.


Kenapa banyak nama Mat Saleh? Mat Saleh penduduk majoriti Tanah Melayu ke? Orang Melayu semua pergi mana? Kah kah kah...

Rupanya negara ini negara British! Sebab itulah pejuang kemerdekaan adalah askar-askar British! Orang Melayu semua dipanggil komunis kah kah kah...

Kenapa ukiran wajah muka patung macam muka orang putih? Orang Melayu zaman dulu macam muka orang putih ke? Kah kah kah...

United Malays No Otak kata, ini fakta sejarah, siapa tak percaya sejarah ini dia penyokong komunis kah kah kah...

Mari sama-sama kita doakan askar-askar kafir British ini semoga roh-roh mereka dicucuri laknat kah kah kah... (kalau ada askar British yang beragama Islam doa ini terbatal)


ReJaM© "Tanya kambeng, kambeng pun tau British tu penjajah bukan pejuang!"


Sent from my iPad

Friday, September 2, 2011

FAKTA SEJARAH – Polis (barua British) dibunuh pejuang Negara. (BHG 1)



1) Tok Janggut 

"Pada 29 April 1915, Sarjan Che Wan Sulaiman yang diiringi oleh enam orang anggota polis telah menemui Tok Janggut di Kampung Merbul. Ketika tiba di kampung itu, Mat Hassan sedang berucap di hadapan kira-kira 1,000 penduduk yang kebanyakannya bersenjata. Sarjan Sulaiman telah menerangkan maksud kedatangannya dan telah menjemput Tok Janggut datang ke Pasir Putih untuk berjumpa Ketua Daerah. Tok Janggut telah bersetuju dengan permintaan tersebut, walau bagaimanapun telah berlaku pertengkaran semasa hendak meninggalkan tempat tersebut kerana Tok Janggut tidak mahu berjalan dihadapan dengan diiringi oleh polis dibelakangnya seperti orang salah. Semasa pertengkaran tersebut, Tok Janggut telah menikam Sarjan Che Wan Sulaiman dengan kerisnya menyebabkn beliau meninggal dunia. Melihat peristiwa tersebut, polis yang lain tidak berani melawan dan telah dibiarkan pergi oleh Tok Janggut setelah merampas senapang mereka."

2) Dato Bahaman

"Dato' Bahaman kemudiannya meminta pihak Inggeris membebaskan penduduk yang ditahan sebaliknya pihak Inggeris menunjukkan sikap besar kepala dan enggan mengikut arahan berkenaan. Mereka berkeras membawa tahanan itu ke Balai Polis Lubuk Terua untuk ditahan dan dibicara. Kesabaran Dato' Bahaman berakhir dan beliau bersama pengikutnya menyerang pasukan polis British ketika mereka dalam perjalanan membawa tahanan ke balai polis berkenaan.
Setelah mengetahui peristiwa di Semantan itu, pegawai-pegawai Inggeris Pahang menyediakan tentera untuk melawan penentang Melayu. Ekoran dari itu pada 21 Disember 1891, satu pasukan yang diketuai oleh Clifford dan Tengku Mahmud pergi ke Kampung Kelubi yang merupakan kubu kedua pertahanan Dato' Bahaman. Di sini berlaku sekali lagi pertempuran antara pihak Inggeris dengan Dato' Bahaman tetapi pihak Inggeris sekali lagi ditewaskan."

3) Mat Indera

-Tak perlu ulas sebab beliau amat famous sekarang ni…hihihi

SOALAN CEPU EMAS : SIAPAKAH HERO(PEJUANG NEGARA) PADA PERSPEKTIF ANDA?BRITISH ATAU BARUA BRITISH (POLIS) ATAU YANG MENENTANG BRITISH?

Untuk pembacaan dan maklumat lanjut sila rujuk Sumber dibawah:

http://www.facebook.com/l/5AQAMSC7JAQAw_QBNtIbtZuIjkuGXSgwgJs8CY1D0G5klgA/resam-melayu.com/2009/12/dato-bahaman-penentang-inggeris-di-pahang.html

http://www.facebook.com/l/IAQAyg-N1AQB_yesEPTWFfNbXY7XgbjK-0dfD5EVxVCAaZg/ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Tok_Janggut


Sent from my iPad

Kenapa Blogger UMNO Lebih Lajak Dari Laju? Mana Dapat, Sapa Bagi! Apa Tujuan???

Isu siapa dalang di sebalik tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kini semakin hangat diperkatakan; terutama apabila Setiausaha Agong PAS, Dato Mustafa Ali menegaskan beliau mempunyai bukti kukuh penglibatan Umno dalam isu ini. Dengan ledakan pelbagai bukti di blog pro-Umno, umum mengetahui dan boleh menjangkakan sememangnya wujudnya tangan-tangan ghaib di sebalik tindakan yang aneh ini.
 
Antaranya ialah:
 
1. Media pro-Umno yang terus melonjak isu ini dengan membuat serangan kepada Menteri Besar Selangor dan kerajaan negeri.

2. Semua bukti wujudnya usaha pengkristianan dibongkar oleh blog-blog pro-Umno dan bukan oleh Jais, sedangkan semua bukti itu adalah bahan sulit yang tidak sepatutnya dikeluarkan selagi belum ada dakwaan di mahkamah.
 
Ini termasuklah soal-selidik, nama mereka yang hadir, jumlah wang yang dibekalkan, dan terbaru klip video serbuan tersebut dan juga laporan Jais yang sepatutnya diberikan kepada Sultan Selangor terlebih dahulu. Kenapa bukti-bukti Jais ini dapat keluar dan disiarkan oleh blog-blog pro-Umno? 

3. Demonstrasi oleh Mohamad Ezam Mohd Nor dibuat di masjid negeri dengan membuat kecaman kepada kerajaan Selangor, termasuk penyapu tandas, mangkuk tandas dihantar ke pejabat Menteri Besar.
 
Anehnya, mereka ini dikatakan menentang proses kristianisasi yang dilalukan pihak gereja, bukankah ia sepatutnya demonstrasi dibuat di hadapan gereja?

4. Tindakan Jais melengah-lengah isu ini sehingga menimbulkan polemik umum tentulah tidak mendatangkan kebaikan kepada semua di waktu yang sama, ada pihak dalaman yang meledakkan pelbagai bukti dalam blog pro-Umno.
 
Kini, rakyat tengah menanti tindakan Jais, lebih-lebih lagi PAS Pusat telah menyatakan pendirian mempertahankan aqidah umat Islam dari sebarang usaha untuk mengganggu-gugat oleh mana-mana pihak. 

Kita sedar dalam sebarang tindakan kita perlu berhemah dan tepat dalam tindakan, kerana bukan soal kita tidak pertahan aqidah ummah, tetapi tindakan yang terburu-buru hanya menjerumus kita kepada perangkap yang sengaja dipasang oleh Umno dan merosakkan lagi nama baik agama Islam yang kini sudah tercacat cela akibat perbuatan Umno selama ini.
 
Bayangkan, setelah 54 tahun Umno mentadbir negara, ada lagi kes orang Melayu nak keluar Islam? Tak terfikirkah kita mengapa? Tak sedihkah kita?
 
Apa yang dipentingkan puak Umno ini dalam isu murtad ini ialah untuk mencari mangsa untuk menanggung kelalaian mereka dalam menjalankan tugas 'demi bangsa, agama dan negara' selama 54 tahun ini.
 
Adakah Umno cuba mencari penyelesaian dalam isu murtad ini? Tengoklah kenyataan-kenyataan mereka, mereka hanya nak cari siapa yang harus dipersalahkan dalam isu ini, dan tiada satu pun cadangan penyelesaian dibuat.
 
Padahal, selama ini umat Islam sentiasa bertanya:
Kenapa kerajaan tidak sedia menggubal akta pencegahan murtad? 
Kenapa ajaran Qadiani terus dibiarkan di Kg Nakhoda, Batu Caves yang banyak merosakkan aqidah umat Islam?
Di mana Umno dalam isu Lina Joy dan Ayah Pin yang sehingga kini masih bebas?
 
PAS tegas menjaga aqidah umat Islam, dan pada masa yang sama PAS juga pentingkan cara menyelesaikan isu murtad ini dengan baik supaya keamanan dan keharmonian antara rakyat Malaysia sentiasa dipelihara dan dijaga berbanding dengan Umno yang hanya ingin keuntungan politik dalam sebarang hal.
 
Isu aqidah – Umno marah pada PAS kononnya PAS tak mempertahankan aqidah umat Islam sebab ada kepentingan politik yang memihak kepadanya.
  
Isu jual kerakyatan rakyat – Umno bukan sahaja membisu malah meraikannya dengan segala penafian kepada segala bukti yang PAS bawa sebab ada kepentingan politik yang tidak memihak kepadanya.
 
Itulah Umno – dah jual agama selama ini dengan menakutkan Islam kepada rakyat bukan Islam untuk kekal berkuasa tetiba ingin menjadi hero Islam.
 
Apabila rakyat bukan Islam dah sedar atas penipuan mereka, sekarang mereka jual negara dengan beri kerakyatan kepada warga asing, terutama warga Indonesia supaya boleh meningkatkan jumlah 'undi Melayu' pada mereka atas slogan pembela orang Melayu untuk kekal berkuasa.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat


Sent from my iPad

Thursday, September 1, 2011

umno jalin hubungan dgn KOmunis


oleh Tulang Besi

NOTA EDITOR: Di saat UMNO giat menuduh Abg Mat menyokong Komunis, Tulang Besi berhajat untuk mengingatkan kembali jalinan hubungan dua hala antara UMNO dan Parti Komunis China pada September 18 2009. 

Nampak gayanya, setelah Parti Komunis Malaya dibubarkan, tempat mereka telah diganti oleh UMNO kerana Parti Komunis Malaya mendapat bantuan mereka satu masa dahulu dari Parti Komunis China. 

Kesian UMNO, apa pun dia buat, mesti kena balik batang hidung mereka. Mereka cuba serang Abang Mat Sabu, skrg ni rakyat baru teringat bahawa pemimpin2 UMNO semuanya bekas pegawai British, mcmna nak jadi pejuang kemerdekaan. 

Dia bukak kita satu, kita bukak dia seribu. 

Alhamdulillah 

Tulang Besi 






Umno, China Communists to swap youth leaders(BERNAMA) 
August 05, 2010 

A giant portrait of Mao Zedong, the CPC's first chairman, is seen in Beijing's Tiananmen Square September 18, 2009. — Reuters pic 

KUALA LUMPUR, Aug 5 — Umno and the Communist Party of China (CPC) yesterday agreed to have youth leadership exchanges so that the youth leaders of both countries can have a better understanding of the economic and social development taking place in Malaysia and China. 

Umno secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, who signed a memorandum of understanding (MOU) on behalf of Umno on co-operation between Umno and the CPC in Beijing yesterday, said this was all the more timely as China was now a major economic power. 


Wang Jiarui, Head of the International Liaison Department of the CPC Central Committee, represented the CPC. 


"On their part, they are amazed with our achievements and racial harmony and would like to learn from us how we were able to attain this harmony without any bloodshed," Tengku Adnan said in a statement to Bernama. 


He said as a follow-up to the MOU, both countries agreed to set up a permanent mechanism to enable the exchanges to take place beginning this year. — Bernama
Sent from my iPad

Thursday, August 25, 2011

Buah paku keras untuk umno - kes mutad

Susah tau nak dapat Keratan nih... bukan calang2 ARKIB jer simpan benda alah nih... Ini UTUSAN tau!! UTUSAN sah-sah UMNOK punya! kihkihkih 

Apa Komen pencacai UMNOK??

Komen dari ZAHID HAMIDI lah terbaik! 
Zahid: HORMATI KEPUTUSAN (Makamah)

Dari keratan nih walaupun dari negeri Pulau Pinang yang selamanih di perintah oleh GERAKAN Chauvenist Cina Barisan Nasional (bukan UMNO pun)... Keputusan dari GERAKAN KE???? kehkehkeh

Tau sape benarkan??? 

PERLEMBAGAAN MALAYSIA BENARKAN!! so janganlah salahkan MAKAMAH atau GERAKAN salahkan UMNOK yang presidentnye dari dulu hingga sekarang adalah dari MELAYU.. MELAYU UMNOK yang SEKULAR... MELAYU yang mengikut hukum LORD REID... kihkihkih

Agak-agak korang apa lagi JUAK2 UMNOK nak gebang/spin lagi yer?? Bulan pose nih... kihkihkih

Sent from my iPad

Tuesday, August 23, 2011

IMG00133-20110822-1144.jpg

JPJ harus pertingkatkan mutu layanan, di bulan puasa dilihat "slow" kenapa ek?
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Satu persatu pengampu kakmah di bogelkan isu berlian 24juta

  • Pendedahan antara bukti yang diperolehi "gambar screen komputer kastam" yang mengandungi maklumat kemasukan belian bernilai RM24.45 j. Nilai ini saya sebut dari awal dalam RM bukan USD cuma mungkin ada blogger terkeliru dan menukarnya dalam USD. klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/imelda-rosmah-dan-cincin-nilai-rm244.html sebaik sahaja bukti ini disiarkan pengampu - pengampu Imelda terus mengatakan ia gambar photoshop palsu.
  • Tidak kurang juga yang konon cabar kalau berani che'GuBard tampil buat laporan SPRM. maka pada 13 Jul. che'GuBard bersama teman-teman SAMM Pulau Pinang bersama juga wakil Dewan Pemuda PAS dan AMK P.Pinang hadir ke SPRM P.Pinang untuk membuat laporan SPRM dengan menyerahkan juga bberapa bukti yang masih belum disiarkan. klikhttp://chegubard.blogspot.com/2011/07/samm-tampil-buat-laporan-sprm-isu.html
  • Ketika membuat carian mengenai barang-barang kemas Imelda Rosmah terjumpa pula gambar Rosmah Mansor yang sedang menggayakan gelang tangan yang sememangnya dari Jacob & co yang merupakan syarikat pengeluar belian RM24.45j tersebut. klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/imelda-rosmah-memang-penggemar-jacob-co.html ini menguatkan hujah bahawa Imelda Rosmah memang peminat barangan Jacob & co.
  • Pengampu makin hilang punca dan menyerang yang kononya tidak masuk akal belian bernilai RM24.45 j wujud. Posting ini hanya untuk buktikan bahawa belian lebih mahal juga wujud dalam dunia yang mana manusia rakus mengejar kemewahan ini. klik http://chegubard.blogspot.com/2011/07/masuk-akal-atau-tidak-cincin-bernilai.html
  • SPRm tidak boleh berdolak dalih perlu tampil untuk nyatakan pendirian mengenai kewujudan belian ini. Klikhttp://chegubard.blogspot.com/2011/07/sprm-kena-muncul-menyatakan-pendirian.html posting ini membuktikan bahawa sememangnya beberapa hari sebelum belian ini masuk ke Malaysia, Rosmah dan suaminya Najib baru sahaja pulang dari New York untuk lawatan ke sana.
  • Sah bukan dipalsukan bukti tersebut kerana SPRM telah menyerbu KLIA dan menurut sumber kami di sana A.Krishnan (yang tidak bersalah) diambil dari petang hingga subuh. Siasatan SPRM pula tumpu kepada bagaimana cukai boleh kosong. nampak sangat SPRM tidak buat kerja rumah. Najib pada belanjawan yang lepas sememangnya telah menghapuskan cukai perbagai perkara seperti pakaian, perhiasan dan seumpamanya. Kini baru rakyat sedar bahawa pemasuhan cukai itu mungkin ada kena mengena dengan perangai Imelda Rosmah yang akan bawa masuk perbagai barang hiasan mewah. Sistem kastam juga telah 'diganggu' selama tiga jam.http://chegubard.blogspot.com/2011/07/sistem-kastam-down-3-jam-semalam-dan.html dalam posting ini juga dinyatakan rupanyagelang Rosmah yang dibeli dari Jacob & co itu bernilai RM1.6 juta (paling murah) berdasarkan respon email Jacob & co sendiri yang di qoute dari sebuah laman portal klikhttp://www.freemalaysiatoday.com/2011/07/14/41834/ jugahttp://www.freemalaysiatoday.com/2011/07/13/now-rosmahs-diamond-bangles/ 
  • Pengampu panik bukti tersebut bukan palsu dan ternyata benar belian RM24.45 j masuk dan ada terkait Rosmah di dalam dokumen tersebut maka mereka masuk fasa baru dalam mengampu berkenaan isu ini. maka muncul borang kedua kononya belian itu dibawa keluar dari Malaysia ke Singapura pula selepas 4 hari di Malaysia. Konon belian itu untuk pameran di tempat rumah VVIP rahsia dengan tetamuVVIP rahsia. Semua sedang bertungkus lumus menyiapkan skrip. Namun borang kastam kedua itu banyak kelemahan klikhttp://chegubard.blogspot.com/2011/07/usaha-terdesak-untuk-lindungi-imelda.html
  • Tiba - tiba jumlah pelayar blog ini meningkat mendadak, jumlah komen juga meningkat. Hampir semua komen diluluskan kecuali yang mencarut dan lucah melampau. ternyata pengampu Umno terpaksa bertungkus lumus menjawab. kebanyakan komen dari IP yang sama termasuk yang mencarut kemudian hantar pula hadis nabi. Ini pula posting yang menyatakan komen seorang orang lama dalam Kastam mengenai kewujudan pembelaan kononya barang tersebut untuk pameran klikhttp://chegubard.blogspot.com/2011/07/maklumat-dari-orang-kastam-edyess.html
  • terbaru mereka guna media perdana termasuk Buliten Utama TV3 untuk menyerang che'GuBard. Kenyataan Anuar Shaari yang lagaknya umpama setiausaha sulit 'FLOM' menyatakan kononya berlian itu bukan milik Imelda Rosmah sebaliknya milik besannya. Ini menjadikan rakyat tertawa dengan semua hujah mengampu bela Imelda Rosmah dan lebih sedih dan marah dalam kesempitan hidup seharian.
Persoalanya mula - mula tuduh pendedahan palsu, kemudian tuduh pula untuk pameran dan terbaru mengakui bukan sahaja berlian itu wujud masuk tetapi pusing cakap pula kata kononya berlian itu milik besannya tetapi Imelda Rosmah tetap diam.

Rosmah yang samalah yang selama ini membazir bukan sedikit wang rakyat.
Ada pula geng pengampu Imelda yang tuduh kononya komplot serangan ini ada kaitan dengan Khairy Jamaluddin jawapanya ialah ia tidak ada kena mengena. Kalau mereka ada masalah antara mereka pun che'GuBard tak minat campur. klik http://chegubard.blogspot.com/2011/04/khairy-mengelabah-konon-orang-nak.html

Ingat che'Gubard tidak menuduh sesiapa tetapi kewujudan borang kemasukan berlian bernilai tinggi itu dan tertera dengan jelas nama orang yang menyamar wanita pertama negara ketika rakyat susah dihimpit kenaikan kos hidup perlu diperjelaskan. Dia bukan pegawai kastam, dia bukan pegawai syarikat penghantaran dan adakah dia membuat kerja 'part time' sebagai penganjur pameran ? Adakah sesuai dengan imejnya yang menyamar sebagai wanita pertama dan membuat kerja part time ?

Ada beberapa pengampu yang kononya sejak minggu lepas mendendangkan yang che'GuBard akan disaman, tetapi yang lucunya bukan disaman oleh Imelda Rosmah tetapi oleh syarikat yahudi Jacob & co.

Tidak ada keperluan untuk che'GuBard mohon maaf. che'GuBard tidak ada kena mengena dengan permohonan maaf KOMPAS atau Pengarah Komunikasi PKR. Sebaliknya imelda Rosmah yang seharusnya tampil untuk menjelaskan duduk perkara sebenar.

Kepada pengampu - pengampu lebih baik kamu semua diam dan nasihat Rosmah untuk jawab kerana lagi banyak pengampu ini jawab makin berbelit isu berlian ini. Cubaan kamu semua mengampu sebenarnya meletakkan Imelda Rosmah dalam keadaan lebih sukar.

Sent from my iPad

Siapa yang liwat saiful?? Anuwar ke plastik (dildo)?

NOTA EDITOR: Saiful mengaku kepada doktor Muhammad Osman Abdul Hamid beliau masukkan plastik dlm jubor beliau. Soalnya adakah Saiful diliwat Anwar ataupun dia diliwat PLASTIK? 

18SX: Plastik Apa Yang Liwat Juboq Saiful? 

'Saiful beritahu plastik dimasukkan ke duburnya


Saksi pembelaan kedua, bekas doktor di Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid dalam keterangannya berkata Mohd Saiful Bukhari Azlan, pegandu dalam kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahunya bahawa objek plastik dimasukkan ke dalam duburnya seperti dinyatakan dalam laporan perubatannya. 

dr mohamed osman abdul hamid pusrawi hospital saiful bukhari azlan anwar ibrahim sodomy 2 interview 040908 07Apabila diasak oleh ketua pendakwaan Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Dr Osman (kanan) bersetuju bahawa Saiful mendakwa beliau diliwat oleh seorang VIP tetapi juga mempertahankan kenyataannya bahawa bekas pembantu Anwar itu juga mengakui objek plastik dimasukkan ke duburnya. 

Beliau merupakan doktor pertama ditemui Saiful pada 28 jun 2008. 

Saksi yang berasal dari Myanmar dan mendapat pendidikan perubatannya dari Universiti Yangon berulang-kali menafikan cadangan oleh Peguam Cara Negara II itu bahawa beliau tidak menulis plastik dimasukkan ke dubur selepas pemeriksaan dijalankan. 

Jelasnya, Saiful datang ke Pusrawi pada 28 Jun, 2008 dan mengadu kesakitan di duburnya. 

Selepas menjalankan pemeriksaan, beliau dapati tiada kesan koyakan atau berdarah di kawasan berkenaan dan ketika itu Saiful memberitahu dia diliwat dengan objek plastik dimasukkan ke duburnya. 

Hospital Pusrawi Emergency ward 280708.jpg"Saya ada catatkan ini selepas Saiful beritahu saya selepas pemeriksaan dijalankan dan ada masukkan sebuah protoskop," katanya. 

Menjawap soalan Yusof, Osman berkata memasukkan plastik bukan meliwat. Beliau juga menafikan bahawa nota perubatan itu ditambah kemudiannya. 

Yusof: Nota (mengenai objek plastik berkenaan) dicatatkan kemudian? 

Osman: Nota ditambah selepas pasca pemeriksaan. 

Yusof: Saya andaikan dia tidak kata sebarang plastik. 

Osman: Dia (Saiful) ada beritahu saya. 

Karpal, dalam pemeriksaan balas, kemudian bertanya sama ada nota dicatakan pada hari selepasnya. Osman bagaimanapun menafikannya dan berkata ia dicatatkan pada hari yang sama. 

mKini


Sent from my iPad

Kalau BN baik.....


KUALA LUMPUR, 22 OGOS – Kenyataan Datuk Seri Najib Razak kononnya kerajaan Barisan Nasional tidak kebal hanyalah helah politik untuk menyembunyikan kezaliman pemerintah kepada dunia luar. 

Jika benar apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri bahawa sistem demokrasi di Malaysia tidak beri kekebalan kepada pemerintah, maka Pakatan Rakyat sudah berjaya memerintah Malaysia sejak 2008, kata Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Teresa Kok. 

Kok yang juga Ahli Parlimen Seputeh memberi respon kepada kenyataan Najib dalam wawacara bersama akhbar Kompas dari Indonesia yang dipetik oleh Utusan Malaysia hari ini. 

Dalam laporan itui, Najib dipetik sebagai berkata, "Nasib di tangan rakyat, tak berlaku sebarang manipulasi untuk menentukan kesahihan perolehan suara. Undi di tangan rakyat." 

Menurut Kok, jentera-jentera kerajaan serta media massa yang digunakan BN untuk meujui pemerintah dan menyerang pembangkang ketika pilihan raya adalah bukti kekebalan pemerintah. 

Beliau turut memberi contoh empat pegawai Angkatan Tentera Malaysia yang mengaku dipaksa memangkah undi untuk calon BN ketika pilihan raya lalu walau pun mereka dikatakan berhasrat untuk memilih calon lain. 

"BN menggunakan jentera seperti polis, tentera dan SPR untuk memastikan kuasa mereka terus kekal. Ini bukti kerajaan BN kebal dengan penyalahgunaan kuasa," katanya. 

Kok membidas kenyataan Najib dengan berkata, Perdana Menteri masih terus bermain wayang politik ketika rakyat bengang dengan cadangan penubuhan Jawatankuasa Pemilih Parlimen (PSC), kononnya untuk reformasi pilihan raya, yang tidak telus dan penuh dengan tipu helah politik. 

"Najib tipu. PSC yang dianjurkan beliau itu tidak ikhlas bila tiba-tiba beliau mengumumkan yang PSC tidak bersangkut paut pula dengan pilihan raya umum ke-13 nanti. 

"Ini sama macam dia tipu Bersih 2.0 dahulu; sekejap tak boleh, sekejap boleh, kemudian nak bagi stadium, kemudian kata tak boleh. Ini juga kebal salah guna kuasa BN," katanya. 

Jelasnya, PSC memerlukan masa untuk dilaksanakan dengan mengumpul pandangan awam dan dibentangkan pada sidang Parlimen untuk dibincang bersama. 

"Sebaliknya, beliau menidakkan PSC dengan menyatakan bahawa PRU boleh diadakan bila-bila masa. 

"Inilah demokrasi BN yang kebal. Jika tidak kebal dan tidak disalah guna kuasa dan demokrasi, sudah lama Pakatan memerintah," katanya. – Roketkini.com 

Sent from my iPad

Soalan cepu mas untuk PM aku najib nazak

SOALAN CEPU EMAS KHAS BUAT NAJIB

Siapa Najib untuk menasihatkan PAS supaya meninggalkan PR kerana katanya DAP tidak pernah memperjuangkan Islam.

Kita hendak bertanya kepada Najib beberapa soalan :-

1) Pernahkan MCA dan MIC memperjuangkan Islam?

2) Bila masa pula Umno berjuang untuk mendaulatkan Islam. Apa yang Umno buat ialah buat Bank Islam, Masjid, anjur muzakarah dan beberapa perkara lain. Tetapi pada masa Umno menghalang PAS untuk melaksanakan hudud, menghalang program-program agama di masjid, menghalalkan arak dan judi, menganjurkan program mungkar dan sebagainya.

3) Berapa buah masjid dan surau telah diruntuhkan oleh DAP sedangkan dalam sejarah kita semua tahu Umno pernah meruntuhkan masjid dan surau.

4) Berapa orang Islam yang telah dibunuh oleh DAP sedangkan siapa yang membunuh As Syahid Ibrahim Libya dan sahabatnya.

5) Berapa luas tanah orang Melayu dan dirampas oleh DAP sedangkan jutaan hektar tanah orang Melayu di rampas Umno dan ada yang diserahkan kepada Singapura contohnya WPI.

dan banyak lagi ........

Sunday, July 10, 2011

Bersih 2.0 & Kezaliman


Jam 1.20tgh aku baru bertolak dari damansara, dgr kawan2 cite kenderaan awam dah tak boleh masuk kl, heeemmm termenung kejap...tanya isteri aku mana lagi bagus nak ke pusat bandar yang sedang meriah dgn bersih 2.0,
bila sampai di putra lrt dang wangi aku rasa macam raya la pulak, tak ada sebuah kereta pun yang lalu lintas depan aku nih,

hanya tinggal beberapa saja pemuda2 bersih yang menuju ke kawasan yang aku pun tak pasti di mana. (tgh dok pening dgn lokasi lagi)
dah 5 minit berjalan aku tenampak segerombolan lelaki berarak, di tengah2 (seperti diawasi) seorang pemimpin PKR, laungan bergema,tiba2 ribuan manusia berarak melintasi aku...heheh cering bulu roma dibuatnya,

terikut le aku sekejap dgn group ini..bersemnagat la pulak bila brjalan ramai2 mcm nih.
5 minit berjalan..dah kena kepung...lari le apa lagi group tu..mana tak terus di tembat gas pemedih mata...aku terus menuju ke arah polis..haaaaa ko orang pikirkan..orang belari ke belakang aku dgn selamba jalan menuju ke arah polis..ko orang tahu kenapa? sbb aku pikir aku nih wartawan kampong so takkan polis nak tangkap aku. aku bukan pakai baju kuning, aku tak bawak senjata aku bawak kamera canon aku jak...

dah kena tangkap...kebanyakan anak muda macam aku..semangat pemuda memang tak dapat di jangka untuk perhimpunan kali ini...


nak engko bom pemedih mata dah dilepaskan beberapa kali...


FRU dah macam robot...
nahhh diheret macam ANJING heret makanan yang besar...sian dohhh
nak tahu ladi? ada video yang paling aku terasa hati...

tungguu....

Saturday, June 25, 2011

Nak joint Bersih 2.0? Baca nih...

usah risau untuk turun pada 9 julai nanti, 300 peguam akan memerhati perjalanan walk for democracy, yang penting ikut undang2 jgn dok pecah sana pecah sini, jgn bawa senjata tajam,tgn jgn dok buat bunas, jalan baik2.. ikut apa yang tertera di bawah

Tuntutan Bersih 2.0:

  • Pendaftaran automatik
  • Reformasi undi pos
  • Penggunaan dakwat kekal
  • Akses kepada media
  • Masa berkempen minima
  • Pengukuhan perbadanan awam
  • Hentikan rasuah

Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia untuk mereformasikan pilihanraya.

Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.

*Perkara yang perlu anda bawa/sediakan *
  1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.
  2. Duit-maksimum RM100 sahaja.
  3. Memakai pakaian yang sopan-T-shirt /baju berwarna Kuning. Sebaiknya adalogo Bersih 2.0
  4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.
  5. Aksesori kempen-Button, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihanraya boleh digunakan.
  6. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.
  7. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
  8. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
  9. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
  10. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis *N100 Respirator, N95 Respirator *dan* Surgical facemask* untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
  11. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
  12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
  13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.
  14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha Bersih 2.0 H/P: 0162208784; Email: bersih2.0electoral@gmail.com

*Perkara yang tidak dibenarkan*
  1. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.
  2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.
  3. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal yang menghalang pergerakkan.
  4. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.
  5. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 / Bersihkan Pilihanraya.
  6. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.
  7. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 2.0 tidak dibenarkan.
  8. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.
  9. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.
  10. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.
  11. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.
  12. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.
  13. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini.


*Perkara yang perlu anda lakukan sebelum perhimpunan*
  1. Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.
  2. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.
  3. Pastikan anda telah menunaikan 'hajat' sebelum memasuki perhimpunan.
  4. Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.
  5. Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.
  6. Maklumkan mereka tujuan anda keluar.
  7. Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.
  8. Jangan lupa *charge* bateri handphone dan kamera.
  9. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan -- Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru
  10. Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.
  11. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.
  12. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian).
  13. Jangan memakai baju Bersih 2.0 sebelum perhimpunan bermula.
  14. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan Sogo, DBKL, & Masjid Kg Baru dan tunggu arahan dari *Field Commander* yang dilantik.


*Semasa perhimpunan dan perarakan*
  1. Ikutilah arahan dari Unit Amal atau *Field Commander* sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada *Field Commander*
  2. Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan *Field Commander*.
  3. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.
  4. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.
  5. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.
  6. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.
  7. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.
  8. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.
  9. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.
  10. Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.
  11. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi *sound system* akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.
  12. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.
  13. Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.
  14. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.
  15. Rakamkan suasana himpunan - gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha Bersih 2.0 H/P: 0162208784; Email: bersih2.0electoral@gmail.com.
  16. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.

*Selepas perhimpunan*
  1. Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.
  2. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan.
  3. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik. Dapatkan bantuan daripada Unit Amal.
  4. Jangan tinggalkan apa-apa sampah di tempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.
  5. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.
  6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha Bersih 2.0 H/P: 0162208784; Email: bersih2.0electoral@gmail.com.

*Apa anda perlu buat jika kumpulan Anti-tuntutan Bersih 2.0 buat Provokasi*
1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan *Field Commander* Unit Amal.
2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.
3. Jangan hampiri mereka.
4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.
5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.
6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.

*Apa anda perlu buat jika polis buat provokasi dan serbuan*
  1. Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.
  2. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan meriam air.
  3. Duduk jika pimpinan arahkan.
  4. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air *water canon* berwarna kuning.
  5. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.
  6. Ambil gambar mereka jika sempat.
  7. Buat laporan Polis jika anda dikasari.

*Apa yang anda perlu buat jika ditahan*
  1. Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.
  2. Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.
  3. Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).
  4. Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawab dengan ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.
  5. Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda hanya perlu jawab "Masih tengah cari kerja" atau berikan jawapan lain yang sesuai. Elakkan mengaku sebagai pelajar. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.
  6. Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab ”Saya kerja swasta atau kerja sendiri”. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.
  7. Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu di luar balai jika anda ditahan.
  8. Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab "saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja". Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.
  9. Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah terpedaya bila mereka berlembut.
  10. Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.
  11. Jangan terlalu risau kerana di luar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.

*Apa yang anda buat selepas dibebaskan*
  1. Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.
  2. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.
  3. Buat laporan Polis jika anda diberi layanan kasar semasa perhimpunan atau semasa ditahan.
  4. Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.
  5. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.
  6. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.
  7. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.
  8. Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.
  9. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.
  10. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.
  11. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.

*Perhatian!*
  1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.
  2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.
  3. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.
  4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini

Secara keseluruhannya, kita berharap Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.

Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak SPR dan kerajaan persekutuan mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan dan proces implementasi negara kita.

Perhimpunan Bersih berjaya pada 10 November 2007 kerana ketabahan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk mereformasikan pilihanraya, mengkukuhkan perbadanan institusi dan hentikan korupsi.

Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada *Field Commander* atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini.

Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah ini.

Berjuang dengan penuh semangat untuk menuju negara Bersih dan Adil

mungkin anda meminati yang ini?

Related Posts with Thumbnails