1) Tok Janggut
"Pada 29 April 1915, Sarjan Che Wan Sulaiman yang diiringi oleh enam orang anggota polis telah menemui Tok Janggut di Kampung Merbul. Ketika tiba di kampung itu, Mat Hassan sedang berucap di hadapan kira-kira 1,000 penduduk yang kebanyakannya bersenjata. Sarjan Sulaiman telah menerangkan maksud kedatangannya dan telah menjemput Tok Janggut datang ke Pasir Putih untuk berjumpa Ketua Daerah. Tok Janggut telah bersetuju dengan permintaan tersebut, walau bagaimanapun telah berlaku pertengkaran semasa hendak meninggalkan tempat tersebut kerana Tok Janggut tidak mahu berjalan dihadapan dengan diiringi oleh polis dibelakangnya seperti orang salah. Semasa pertengkaran tersebut, Tok Janggut telah menikam Sarjan Che Wan Sulaiman dengan kerisnya menyebabkn beliau meninggal dunia. Melihat peristiwa tersebut, polis yang lain tidak berani melawan dan telah dibiarkan pergi oleh Tok Janggut setelah merampas senapang mereka."
2) Dato Bahaman
"Dato' Bahaman kemudiannya meminta pihak Inggeris membebaskan penduduk yang ditahan sebaliknya pihak Inggeris menunjukkan sikap besar kepala dan enggan mengikut arahan berkenaan. Mereka berkeras membawa tahanan itu ke Balai Polis Lubuk Terua untuk ditahan dan dibicara. Kesabaran Dato' Bahaman berakhir dan beliau bersama pengikutnya menyerang pasukan polis British ketika mereka dalam perjalanan membawa tahanan ke balai polis berkenaan.
Setelah mengetahui peristiwa di Semantan itu, pegawai-pegawai Inggeris Pahang menyediakan tentera untuk melawan penentang Melayu. Ekoran dari itu pada 21 Disember 1891, satu pasukan yang diketuai oleh Clifford dan Tengku Mahmud pergi ke Kampung Kelubi yang merupakan kubu kedua pertahanan Dato' Bahaman. Di sini berlaku sekali lagi pertempuran antara pihak Inggeris dengan Dato' Bahaman tetapi pihak Inggeris sekali lagi ditewaskan."
3) Mat Indera
-Tak perlu ulas sebab beliau amat famous sekarang ni…hihihi
SOALAN CEPU EMAS : SIAPAKAH HERO(PEJUANG NEGARA) PADA PERSPEKTIF ANDA?BRITISH ATAU BARUA BRITISH (POLIS) ATAU YANG MENENTANG BRITISH?
Untuk pembacaan dan maklumat lanjut sila rujuk Sumber dibawah:
http://www.facebook.com/l/5AQAMSC7JAQAw_QBNtIbtZuIjkuGXSgwgJs8CY1D0G5klgA/resam-melayu.com/2009/12/dato-bahaman-penentang-inggeris-di-pahang.html
http://www.facebook.com/l/IAQAyg-N1AQB_yesEPTWFfNbXY7XgbjK-0dfD5EVxVCAaZg/ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Tok_Janggut
Sent from my iPad
No comments:
Post a Comment