iklan

Saturday, January 1, 2011

Mari Memborong

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT DATANG!

Adakah anda sedang tercari-cari peluang untuk menambah pendapatan? Atau anda seorang yang berminat untuk melancong ke destinasi baru yang menarik untuk dilawati di samping melawat destinasi 'syurga membeli-belah'? Sekiranya jawapan anda adalah 'YA' kepada salah satu atau kedua-dua soalan di atas maka anda telah pun sampai ke laman web yang tepat!

Kami menawarkan pakej kursus memborong sambil melancong ke destinasi-destinasi yang terbaik. Selain dari lawatan ke tempat-tempat tumpuan pelancong, anda juga akan dibawa ke destinasi-destinasi memborong yang biasanya tidak diketahui oleh orang-orang luar. Harga barangan yang boleh diperolehi di sini adalah yang terendah berbanding tempat-tempat yang biasa dilawati oleh pelancong-pelancong. Kami juga akan menunjuk ajar bagaimana untuk menguruskan penghantaran barang-barang ke Malaysia secara mudah, cepat dan selamat.

Destinasi yang kami tawarkan setakat ini adalah ke Ho Chi Minh City, Vietnam dan ke Guangzhou, China. Pakej yang kami sediakan termasuk tiket penerbangan pergi-balik, urusan visa, pengangkutan sepanjang di destinasi, lawatan ke lokasi-lokasi membeli-belah dan tumpuan pelancong, penginapan di hotel dan juga makan malam di restoran-restoran halal. Pakej juga merangkumi khidmat nasihat dan tunjuk ajar selok-belok memborong serta pengurusan logistik. Yang pasti, pengalaman anda bersama kami akan menjadi pengalaman yang unik kerana apa yang kami tawarkan adalah lain dari yang lain.

No comments:

Post a Comment

mungkin anda meminati yang ini?

Related Posts with Thumbnails